Notis Privasi
Dikemas kini: Oktober 2026
Laman CariHartanahKelantan.com dikendalikan oleh ZunoorAin Abdul Rasul (REN 66789), perunding hartanah di bawah Legacy Real Property (LPPEH E(1) 1925, SSM 1342671-P). Notis ini menerangkan maklumat yang dikumpul dan cara ia digunakan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Maklumat yang dikumpul semasa anda melayari laman ini
- Statistik lawatan tanpa nama. Kami merekod halaman dan listing yang dilihat, klik butang WhatsApp, serta sumber lawatan (contohnya Facebook atau Google). Pelayar anda diberi satu nombor rawak supaya lawatan berulang tidak dikira dua kali. Kami tidak merekod nama, nombor telefon, alamat IP atau lokasi anda.
- Borang Jual. Butiran yang anda isi tidak dihantar ke pelayan kami. Butang "Hantar ke WhatsApp" hanya membuka WhatsApp dengan mesej siap ditaip, dan mesej itu hanya dihantar jika anda sendiri menekan Send. Draf borang disimpan dalam pelayar anda sahaja supaya tidak hilang jika halaman dimuat semula.
Maklumat yang anda berikan terus kepada Zunoor
Jika anda menghubungi Zunoor melalui WhatsApp atau membuat tempahan hartanah, nama, nombor telefon dan butiran urusan anda digunakan untuk menguruskan pertanyaan, lawatan, tempahan dan permohonan pinjaman berkaitan. Maklumat ini disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses oleh Zunoor. Ia tidak dijual atau dikongsi dengan pihak lain kecuali yang diperlukan untuk urusan anda (contohnya peguam atau bank yang anda pilih), atau jika dikehendaki oleh undang-undang.
Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat peribadi anda yang disimpan oleh Zunoor, dengan menghubungi Zunoor melalui WhatsApp di 013 234 7929.
Pautan luar
Laman ini mengandungi pautan ke WhatsApp dan perkhidmatan lain. Penggunaan perkhidmatan tersebut tertakluk kepada notis privasi masing-masing.